Bismillahirrahmanirrohim..

Setelah membaca,apa pandangan anda mengenai blog ini? Anda boleh pilih banyak jawapan

Jumaat, 2 Ogos 2013

Salam 24 Ramadhan 1434.

Bismillah.
Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis di blog,
akhir menulis di sini pada 2010, sekarang 2013!
Sangat teringin menulis kembali!
menyambung cerita Habibah dan berkongsi cerita kehidupan saya.

Berapa ramai yang menunggu kemunculan saya semula? hehe ada ke,,ntah..
yang pastinya menjadi seorang penulis ni
memang perlu istiqamah tak kiralah mendapat sambutan atau tak..
asalkan niat yang betul dan memberi perkongsian yang bermanfaat
buat tatapan umum..insyaallah ini semua akan menjadi saham pahala. :)

 

Astagfirullah.

Sabtu, 5 Jun 2010

surah penenang jiwa

Aku kongsikan surah yg Allah bagi pada saat aku buntu gundah gulana suatu ketika dulu,
aku berdoa supaya diberikan petunjuk,dipermudahkn urusan,ditenangkan hati,lantas selepas berdoa aku spontan membuka al-quran dan helaian yg aku spontan buka itu adalah surah di bawah ini...selepas baca tafsiran maka berjujuran lagi air mataku,sesungguhnya Allah sangat pantas memakbulkan permintaan aku ketika itu, nah..bacalah..moga ianya sentiasa menjadi penenang jiwa.. kerana sejarah surah ini yg aku tahu diturunkan ketika Rasulullah resah di atas bukit (bukit apa,xingat).


Ash-Syarh (1-8)

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


setakat ini

salam,
setakat ini sahaja.
aku ingin memulakan penceritaan diari kehidupanku insyaallah.

****

aku sedang membuat shortcouse di kala musim cuti sem ni.
mengulang kembali subjek yang pernah failed suatu ketika dulu.
moga aku dikuatkan iman dan tabah.
doakan.

Selasa, 30 Mac 2010

Musafir jalanan diri (part 2)

..Kesyukuran..

Berkerut kecil dahi habibah terkenangkan saat ketika doanya yang dimakbulkan.

"Ya Allah, Engkau permudahkan aku belajar
mudahkanlah aku memahami
mudahkanlah aku menghafal
luluskan dan cemerlangkan akademikku dan sahabat-sahabatku
berkatkanlah ilmu yang kupelajari
manfaatkanlah ilmuku supaya dapat kugunakan kelak
dalam menggapai redhaMU.."

sayu ketika doa dilafazkan..bukan mudah untuk habibah memahami dan mengingati segala ilmu pelajarannya, tambahan pula belajar dalam bahasa inggeris, berkerut-kerut dahinya cuba memahami ayat demi ayat. dalam kelas lagilah, tafsiran diredah semborono jika sesetengah istilah tidak difahami dan ketika pensyarah berkata-kata umpama jaguh kereta pecut! hanya mampu terngadah.

peningkatan markah dalam test 1 habibah benar-benar mendapat pertolongan Allah. habibah tidaklah bersedia seratus peratus, mungkin hanya empat puluh peratus. nota ringkasnya yang baru sedikit dibuat tidak dapat menjamin kemampuannya dalam menjawab soalan ujian.
lalu urusannya dipermudahkan bila ada kenalan yang menawarkan notanya untuk difotostat oleh habibah ketika fatin menanyakan persiapan dirinya untuk test 1. habibah segan, dia mengingatkan dirinya bukan jalan mudah yang harus dilalui sepertimana dirinya di sem-sem sebelumnya. dia mengakui jalan mudah yang diambilnya dulu membawa kegagalan pada dirinya akibat dirinya hanya mengambil jalan mudah tanpa ada kebijakkan disitu. hanya mengikut tanpa memahami. habibah melihat nota yang dibuat fatin itu ringkas dan mudah difahami. tetapi haruskah jalan mudah ini yang diambil. habibah berbelah bahagi. lalu habibah menyoal "boleh ke ni fatin? , takpe ke?". "takpe kak, susah senang bersama", jawab fatin. "tapi akak faham ke nota tu?", soal fatin. habibah terharu seketika, betapa kenalannya ini seorang yang mengambil berat akan dirinya. sudahlah diberikan nota ditambah pula kerisauan akan kefahaman dirinya akan nota itu. "insyaAllah akak tengok nota ni mudah faham. terima kasih fatin", lega menyelubungi diri habibah. kesyukuran dipanjatkan dalam hati.

bersambung..

Isnin, 29 Mac 2010

Musafir jalanan diri (part 1)

..Harapnya tidak lagi semangat turun..

Entah mengapa. seminggu angin yang lalu menemani segenap diri tidak meniup semangat pada habibah seperti waktu permulaan sem baru. "Test" kali kedua ini dia tidak menyiapkan diri sebaiknya. sudahnya apa yang dijawabnya di kertas jawapan tidak menepati kehendak soalan. Habibah berat hati kecewa namun dia akur atas kesalahan dirinya.

"Apa yang sudah aku buat ni?", getus penyesalan pada dirinya tatkala mengisi "kad assesment" kad penilaian markah ujian bagi test 1, dan test 2 dia sudah dapat mengagak apa markah yang bakal diraihnya nanti. "Astagfirullahalazim.." hanya bisikan keampunan yang bisa terucap. melihatkan markah test 1 ada peningkatan dari kelazimannya. habibah cuba menghirup udara sedalamnya menanam semangat kembali.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa habibah, terbukti ada peningkatan dalam akademiknya, cuma test 2 ni habibah hilang fokus leka di permainan dunia. test 2 masih ada lagi 3 subjek yang belum dilaluinya.

"insyaAllah bersungguh-sungguh fokus untuk 3 subjek lagi", getus hati habibah.


bersambung..

2 minggu lagi nak final

moga aku dapat mengawal diri
moga dapat fokus
moga lulus
moga dan moga yang baik2..

Sabtu, 27 Jun 2009

aku tak setuju

"tak perlu diperbesarkan kerana jumlahnya kecil", itu yg dikata oleh dato' shahrizat.
hmm lau camtu pasni makin ramai la dok dera amah, tunggu jumlahnya besar baru nak diperbesarkan. simpati terhadap amah2 yg didera, kadang pelik amat napa si amah tidak melawan membiarkan sahaja diri diperlakukan tanpa belas kasihan. majikan sakit mental kot sampai dera camtu skali. ade juga aku dengar dari sumber yg boleh dipercayai, ada amah yg buat perangai, mana la si majikan tak baran. kes lari rumah. sebabkan gaji yang kecil, maka sukahati nak lari, dah sain contract ikut jelah, camtu baik tak payah sain contract kan?. sebelum engkau lari, aku belasah kau dulu cukup2 huh? si majikan yang ntahla.. salah siapa ni? apapun bawa bincag elok2, manusia ada akal gunalah. binatang pun ada belas kasihan..malu kat binatang.apa nak jadi dunia sekarang..macam2 diluar dugaan. mohon perlindunganNYA, kembali pada al-Quran.